Amazfit Cheetah Kini Di Malaysia Pada Harga RM999

TechnologyDigital
3 Jul 2023 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Masih ingat perkongsian kami mengenai peranti boleh pakai baharu Amazfit di bawah siri Cheetah sebelum ini? Untuk makluman siri tersebut telah memasuki pasaran tempatan dengan jualan untuk Amazfit Cheetah (Round) terlebih dahulu sebagai permulaan. Sementara itu, harga dan tarikh jualan untuk Amazfit Cheetah Pro dan Amazfit Cheetah (Square) pula bakal diberitahu kemudian.

image is not available

Bagi yang berminat, Amazfit Cheetah (Round) dijual pada harga RM999 seutas. Ia boleh dibeli secara eksklusif di Shopee bermula 5 julai dengan PowerBank Xiaomi 10,000mAh diberi percuma untuk masa terhad dan tertakluk pada stok. Kemudian sesi jualan menerusi pengedar sah lain termasuk Lazada pula akan bermula pada 7 Julai akan datang.

image is not available

Amazfit Cheetah (Round) dilengkapi kerangka jam berbentuk bulat yang juga mempunyai dua butang fizikal terbina di sisi. Skrin adalah sebesar 1.39″ AMOLED bersolusi 454 X 454 piksel dan kecerahan puncak 1,000nits. Ia juga mempunyai pelbagai ciri kesihatan serta kecergasan standard yang merangkumi pemantauan kadar jantung, pola tidur, SpO2, tekanan harian dan lebih 150 mod sukan terbina.

image is not available

Jam tangan ini juga disertakan kebolehan GPS yang tepat menerusi sokongan L1 + L5 GPS terbina. Di samping turut melepasi penarafan kalis air 5ATM, namun tiada mikrofon dan pembesar suara terbina yang semestinya tidak menyokong panggilan bluetooth. Bateri 440mAh yang digunakan pula boleh menawarkan ketahanan maksimum mencapai 14 hari penggunaan.