Jam tangan pintar Amazfit Cheetah dilancarkan di Malaysia berharga RM999

Digital
3 Jul 2023 • 12:17 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jam tangan pintar Amazfit Cheetah dilancarkan di Malaysia berharga RM999

zulfadli

03/07/2023 - 12:17

KUALA LUMPUR 3 Julai - Zepp Health Corporation (Zepp) melancarkan jam tangan pintar terbaharu, Amazfit Cheetah yang direka khusus untuk pelari, dibangunkan dengan teknologi GPS menerajui industri, memberi ketepatan kedudukan tidak pernah dicapai sebelum ini.

Pengurus Besar APAC Amazfit Malaysia, Wu Ji berkata, pihaknya mengambil haluan baharu menerusi siri Amazfit Cheetah dan menyimpang daripada fokus pelbagai sukan.

"Kami mendengar suara pengguna global dan kecintaan mereka berlari demi kesihatan dan manfaat kecergasan atau keseronokan daripada sesuatu kejohanan.

"Siri Amazfit Cheetah didatangkan dengan ciri-ciri khusus pelari seperti GPS Max Track," katanya dalam kenyataan media di sini.

Siri Amazfit Cheetah yang diperkemas dan ringan, direka dengan mengambil kira keperluan pelari.

Ia didatangkan dalam dua model, Amazfit Cheetah (Round) menampilkan bezel polimer tetulang gentian yang tahan lama lagi ringan atau Amazfit Cheetah Pro dengan bezel aloi titanium premium untuk mereka yang memerlukan ketahanan tambahan dan sentuhan kelas.

Jam tangan pintar ini mempunyai ketahanan hayat bateri sehingga 14 hari penggunaan biasa, peta luar talian, 100+ muka jam, 5 kalis air ATM, 150+ mod sukan yang mana meliputi larian luar, treadmill, triatlon, HIIT dan banyak lagi dikhususkan kepada kesihatan dan kecergasan melalui ekosistem Zepp OS 2.0 apl yang boleh dimuat turun ke jam tangan.

image is not available

image is not available

Amazfit Cheetah didatangkan di dalam warna, tali jam silicon cecair Speedster, dan secara eksklusif boleh didapati di Shopee dari 5 hingga 7 Julai 2023 pada harga RM999 dan semua platform termasuk Lazada.

Berasaskan siapa cepat, dia dapat, pelanggan juga akan menerima sebuah power bank Xiaomi 10000 mAh apabila membuat pembelian pada tarikh tersebut. - DagangNews.com