Amazon Akan Kembali Menghasilkan Telefon Pintar

TechnologyDigital
21 Mar 2026 • 12:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Amazon dilaporkan akan kembali ke pasaran telefon pintar dengan mereka sedang membangunkan telefon baharu dengan kod nama “Transformer”. Menurut Reuters, projek Transformers dikendalikan oleh unit peranti Amazon dan belum pernah didedahkan sebelum ini. Kali terakhir mereka menawarkan telefon pintar ialah Fire Phone pada tahun 2014 yang tidak mendapat sambutan.

image is not available
Amazon Fire Phone

Telefon ini dijangka menjadi peranti mudah alih yang berhubung rapat dengan Alexa. Integrasi AI membolehkan penggunaan tanpa bergantung kepada kepada aplikasi tradisional. Sasaran Transformer dihasilkan ialah menjadikan pembelian produk serta perkhidmatan keluaran mereka di Amazon, Prime Video, Prime Music, dan Grubhub lebih lancar.

Transformer diketuai oleh kumpulan ZeroOne, ditubuhkan setahun lalu dengan ia dipimpin oleh J Allard, bekas eksekutif Microsoft yang terlibat dengan pembangunan Zune dan Xbox. Tiada maklumat tentang harga, sasaran pendapatan, atau komitmen kewangan pada waktu ini. Pelancarannya mungkin mencabar kerana krisis kekurangan komponen yang melanda industri telefon pintar tahun ini.