Amazon kini dalam perbincangan untuk melakukan pelaburan pada pesaing OpenAI terdekat, iaitu Anthropic. Untuk makluman, sebelum ini Amazon sedia melabur pada Anthropic sebanyak $4 bilion, dan kini dengan ledakan arena kecerdasan buatan, Amazon dilihat ingin terus menambah lagi pelaburan pada firma kecerdasan buatan berkenaan.
Anthropic pada hari ini terkenal dengan penawaran model Claude, yang boleh melakukan pelbagai tugasan, termasuk meringkaskan dokumen, dan sebagainya.
Nilai keseluruhan yang ingin dilabur oleh Amazon masih tidak diketahui lagi, tetapi dijangka akan multi-bilion ringgit. Pada masa yang sama, ia dilaporkan Amazon menetapkan syarat supaya Anthropic menggunakan angka pelayan yang menggunakan cip Amazon – berbanding menggunakan pelayan dengan cip NVIDIA. Langkah ini juga mungkin ingin memperlihatkan keupayaan cip yang dibangunkan oleh Amazon kepada umum, sekaligus membuka lagi peluang perniagaan baharu kepada syarikat berkenaan.
Buat masa ini, kedua-dua pihak Amazon dan Anthropic tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini.




