Apple Mendapatkan 20% Pegangan Ekuiti Pada GlobalStar, Penyedia Perkhidmatan Satelit

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 9:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GlobalStar kini memaklumkan beberapa perkembangan syarikat mereka, termasuk melibatkan kerjasama mereka dengan Apple. Melaluinya, GlobalStar menyatakan Apple akan mengambil ekuiti 20% pada GlobalStar, pada nilai sekitar $400 juta.

image is not available

Disamping itu, Apple juga akan peruntukkan sebanyak $1.1 bilion sebagai bayaran awal untuk penggunaan infrastruktur GlobalStar. Seperti ramai sedia maklum, GlobalStar merupakan penyedia perkhidmatan berasaskan satelit, dan Apple sendiri melalui iPhone terbaru mengintegrasikan sokongan penghantaran mesej melalui satelit apabila diluar kawasan liputan selular. Apple pada awalnya memperkenalkan ciri integrasi sambungan satelit melalui iPhone 14, dan ketika itu ia terhad kepada penghantaran SOS kecemasan.

Buat masa ini, ciri penghantaran mesej melalui satelit masih terhad dibeberapa lokasi, dan masih ditawarkan secara percuma. Ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperluaskan lagi penggunaan sambungan melalui satelit ini, dan berapakah caj yang akan dikenakan oleh Apple untuk tujuan berkenaan.