ChatGPT Perkenal Pemalam Untuk Chrome – Mengubah Enjin Carian Utama Kepada ChatGPT Search

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lanjutan daripada pengenalan ChatGPT Search pada hari ini, kini sebuah pemalam khusus turut diperkenalkan melalui Chrome Web Store, yang membolehkan para pengguna untuk mengubah enjin carian utama mereka kepada enjin carian ChatGPT Search. Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan carian menggunakan ChatGPT Search melalui kotak bar URL, dan tidak perlu ke laman khusus untuk lakukan carian berkenaan.

image is not available

Penggunaan pemalam ini juga akan menggantikan penggunaan yang biasanya membawa carian berkenaan ke Google.

Pengenalan pemalam ini dilihat menyasarkan untuk pengguna mengubah penggunaan enjin carian terus melalui pelayar web kepada ChatGPT Search, sekaligus bersaing dengan pelbagai penyedia enjin carian lain.

Bagi anda yang berminat untuk mengubah enjin carian utama di pelayar web Chrome kepada ChatGPT Search, boleh memuat-turun dan memasang pemalam ini pada pelayar web anda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved