Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan OS Sendiri Menggantikan Android

TechnologyDigital
10 Nov 2023 • 12:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazon mungkin akan mengucapkan selamat tinggal dengan Fire OS yang merupakan sistem operasi yang digunakan pada tablet, skrin pintar dan pelbagai lagi produk mereka bermula tahun depan. Fire OS yang berasaskan Android AOSP ini dipercayai akan digantikan dengan sistem operasi yang menggunakan kod nama Vega menurut laporan Lowpass.

image is not available

Vega dipercayai akan mula digunakan pada dongel dan televisyen pintar Fire TV bermula 2024 sebelum dikembangkan lagi ke peranti lain. Dengan sistem operasi kendiri, Amazon tidak lagi perlu bergantung kepada Android AOSP yang mempunyai pelbagai kod yang tidak diperlukan oleh Amazon. Sebuah OS yang lebih ringan, dioptimasikan untuk keperluan Amazon dan tanpa sebarang halangan penggunaan dapat digunakan tanpa isu selepas ini.

Seperti Android, Vega adalah berasaskan Linux bagi memastikan aplikasi Fire OS sedia ada masih lagi boleh digunakan pada sistem operasi baharu kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved