Amazon Menjadi Syarikat Dengan Pendapatan Tertinggi Di Dunia

WorldBusiness & Finance
20 Feb 2026 • 10:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Syarikat paling bernilai dunia sekarang ialah NVIDIA dengan nilai pasaran lebih $4 trilion. Tetapi takhta syarikat dengan pendapatan tertinggi dunia dipegang oleh Walmart selama lebih 13 tahun. Tetapi pagi ini takhta berpindah tangan kepada Amazon selepas syarikat mengumumkan pendapatan $716.9 bilion sepanjang 2025 melepasi $713.2 bilion yang dilaporkan Walmart untuk tahu yang sama.

image is not available

Ini adalah kejayaan besar bagi Amazon yang ditubuhkan pada tahun 1994 kerana memintas syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1962. Sungguhpun begitu. Majoriti pendapatan Amazom, iaitu $464 bilion adalah menerusi jualan kedai atas talian dan fizikal.

Sebanyak $129 bilion pula disumbangkan oleh Amazon Web Services dan lebih $100 bilion lagi adalah menerusi pengiklanan serta langganan Prime. Walmart sebaliknya menjana 90% pendapatan menerusi kedai fizikal serta atas talian mereka.