AmBank Dan PayNet Perkenal Sokongan Apple Pay Melalui Rangkaian MyDebit

LocalBusiness & Finance
15 Apr 2026 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AmBank Group mengumumkan sokongan Apple Pay untuk pemegang kad debit AmBank. Melalui inisiatif ini, pengguna kini boleh memautkan kad debit mereka ke Apple Pay bagi melakukan transaksi melalui rangkaian MyDebit.

image is not available

Dengan pelaksanaan ini, AmBank menjadi bank pertama di Malaysia yang mengintegrasikan Apple Pay melalui rangkaian pembayaran nasional yang dikendalikan oleh PayNet. Selain itu, penambahan sokongan MyDebit ini melengkapkan tawaran sedia ada, iaitu pelanggan kini boleh menggunakan Apple Pay untuk kedua-dua kad kredit dan kad debit AmBank.

image is not available

Kerjasama ini membolehkan pemegang kad MyDebit AmBank membuat transaksi dengan lebih mudah menggunakan Apple Pay sama ada di kedai fizikal, aplikasi mudah alih atau laman web. Selain itu, AmBank turut melancarkan kempen pulangan tunai terhad.

Pelanggan MyDebit yang menggunakan Apple Pay dengan perbelanjaan minimum RM30 bagi setiap transaksi untuk tiga kali transaksi dalam sebulan akan menerima pulangan tunai sebanyak RM30. Tawaran ini terhad kepada satu penebusan bagi setiap pelanggan dan diberikan berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved