“Ambil atas dasar tanggungjawab”- KPM Sedia Terima Pelajar Sekolah Yang Dibuang MRSM

Entertainment
30 Jul 2025 • 12:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan kes enam orang pelajar dari sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka yang dibuang sekolah kerana terbabit dalam kes buli pada minggu lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) sedia menerima pelajar MRSM yang dibuang sekolah.

Menurutnya, KPM sentiasa bersedia menerima sesiapa sahaja pelajar untuk memasuki aliran sistem pendidikannya.

image is not available

Kalau dihantar ke sekolah kita kena terimalah kerana itu tanggungjawab kita dan komitmen kita dan kita sentiasa bersedia untuk menerima siapa saja anak-anak kita untuk dididik.

“Jadi saya rasa tidak timbul isu kita tidak memberi peluang atau menolak mereka, tetapi kita ambil atas dasar tanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, pada 26 Julai lalu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata bahawa enam pelajar Tingkatan 5 sebuah MRSM di Melaka telah dibuang serta merta selepas siasatan lembaga disiplin mendapati kes penderaan membabitkan mereka memang berlaku.

image is not available

Enam pelajar itu juga katanya bukan sahaja digantung dan dicadangkan untuk disingkirkan, tetapi terus dibuang.

Kita tidak akan berkompromi, pengurusan tertinggi MARA sudah faham prinsip saya sebaik dilantik sebagai pengerusi.

“Pengurusan tertinggi MARA juga diminta tidak melayan sebarang rayuan kerana kita sudah kerap kali memperingatkan untuk tidak berkompromi dengan sebarang bentuk buli,” kata Asyraf Wajdi.

Apa-apapun semoga pelajar-pelajar berkenaan sedar akan kesalahan yang dilakukan dan tidak akan meneruskan budaya buli ini di sekolah lain pula.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.