“Ambil masa 2 minggu untuk siap”- Mural Dengan Konsep UFO Jadi Tarikan Baru Di Pahang

Entertainment
9 Oct 2022 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, tular di media sosial tentang mural berkonsep UFO di Pahang yang telah menarik perhatian ramai netizen.

Gambar-gambar mural yang telah siap dilukis itu telah dikongsikan menerusi Facebook Project ZeroSix pada awal Oktober lalu. Korang boleh lihat sendiri betapa unik dan cantiknya mural yang dilukis di Kuantan, Pahang ini.

Alhamdulillah, siap sepenuhnya mural UFO Peramu. Masa yang diambil untuk menyiapkan mural ini lebih kurang 2 minggu…

Posted by Project ZeroSix on Tuesday, October 4, 2022

 

Menurut perkongsian Facebook tersebut, difahamkan mural itu telah mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk disiapkan.

Mural berkonsep unik itu telah dilukis oleh artis mural yang juga merupakan anak-anak jati Pahang iaitu Amer, Jund08, KamalPatio dan Ron.

Difahamkan juga, pembikinan mural tersebut cukup mencabar kerana ia berbentuk bulat besar di bahagian atas, jadi tak mudah untuk melukis dan mewarnakan bahagian tersebut

Memandangkan mural itu juga berada di ketinggian 28 meter, jadi para artis mural telah menggunakan skylift bagi menyiapkan mural tersebut.

Mercu tanda terbaru Tanjung Lumpur…..Ada UFO terbang nak cari tempat mendarat..huntunglah orang Tanjung…

Posted by Nani Rahayu Shamsuddin on Friday, September 30, 2022

Untuk pengetahuan anda juga, projek seni ini dilakukan dengan usahasama dari Majlis Bandaraya Kuantan.

Dari jauh memang nampak macam UFO kan. Confirm lepas ni ramai yang kat mural tu lepas ni untuk ambil gambar.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.