
SIPITANG: Warga setempat perlu siap sedia mengambil peluang terhadap limpahan pembangunan menerusi pelbagai projek mega antaranya Pelabuhan Taman Perindustrian Minyak dan Gas (Sogip).
Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah berkata, operasi perdagangan daripada pelabuhan baharu itu kelak akan menjadikan daerah itu sebagai gerbang perdagangan maritim di rantau ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Difahamkan lebih 8,000 peluang pekerjaan akan dibawa masuk nanti dan impak daripadanya sudah tentu akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai bidang di daerah ini.
“Bukan itu saja, pelbagai industri berkaitan minyak dan gas juga akan dibangunkan di kawasan ini, justeru warga Sipitang harus bersedia mengambil manfaat daripada peluang ini,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Sipitang, di sini, Sabtu.
Hadir sama wakil rakyat Sindumin yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Dr Yusuf Yacob dan Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Tugas-Tugas Khas), Ak Raimi Abd Rahman.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Matbali berkata, bagaimanapun, limpahan pembangunan itu tidak seimbang sekiranya jalan rosak dan projek Lebuh Raya Pan Borneo di jajaran Beaufort ke Sipitang tidak diselesaikan segera.
Menurutnya, beliau sudah mengangkat masalah itu semasa sidang Parlimen, baru-baru ini dan telah menggesa kerajaan serta agensi bertanggungjawab untuk pastikan ia diambil perhatian.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kerosakan jalan raya akibat kelewatan projek Lebih Raya Pan Borneo ini menimbulkan banyak masalah kepada rakyat, bukan saja dari segi kerosakan kenderaan tetapi juga kemalangan.
“Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, ketika berkunjung ke Sipitang bagi merasmikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), mengalami kemalangan akibat masalah jalan raya ini.
“Justeru, kerajaan dan kementerian berkaitan harus segera mencari penyelesaian kerana kita khuatir jika ia berlarutan, bukan pemimpin saja yang akan disalahkan rakyat tetapi juga kerajaan,” tegasnya.
Terdahulu, sebanyak RM148,000 disumbangkan Matbali di majlis itu kepada PIBG dari 74 sekolah di Sipitang, termasuk menyampaikan pelbagai bantuan pendidikan kerajaan kepada penerima.


