Ambil tindakan tegas, pulihkan semula wang rakyat 

LocalPolitics
29 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ambil tindakan tegas, pulihkan semula wang rakyat 

BUKIT MERTAJAM: Tindakan tegas kerajaan terhadap pihak yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dana awam bagi memastikan aset dan wang negara dapat dipulihkan serta dikembalikan untuk manfaat rakyat. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara akan terus menanggung kerugian sekiranya kebocoran dan penyelewengan dana awam dibiarkan tanpa tindakan tegas. 

Katanya, malah kerajaan tidak boleh membiarkan kerugian membabitkan jumlah besar berlaku hanya kerana bimbang menerima kecaman apabila tindakan penguatkuasaan diambil.

“Orang nak ini RM2,000 saja. Yang kamu ambil, bagi hilang ini bilion-bilion ringgit. Saya nak sekat yang itu, ambil balik, bagi balik kepada rakyat. Itu saja. Itu pun kena maki berbagai-bagai. Saya kata, makilah banyak mana pun. Kalau saya ambil, tak apa. Saya tak ambil,” katanya ketika berucap pada program Skim Usahawan Bangkit (Sub) Madani di Yayasan Aman hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, isu kekurangan sumber kewangan negara berlaku akibat kebocoran dalam pengurusan dana dan kekayaan negara sehingga manfaatnya tidak sampai sepenuhnya kepada rakyat. 

“Siapa kata Malaysia ini miskin? Tapi tak sampai ke bawah. Dia bocor tengah jalan banyak,” katanya.

Anwar memberi contoh isu membabitkan Tabung Haji (TH) yang perlu ditangani sekiranya kegagalan mengambil tindakan boleh menyebabkan negara terus menanggung kerugian.

Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan kerajaan akan berdepan kritikan sama ada mengambil tindakan atau tidak, namun prinsipnya adalah memastikan amanah serta kepentingan rakyat terus dipelihara.

Katanya, beliau sendiri mahu menunjukkan bahawa tidak semua wakil rakyat, menteri atau pemimpin politik berada dalam kerajaan semata-mata untuk mengambil wang rakyat.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau bukan pihak yang membuat tangkapan atau menjatuhkan hukuman, sebaliknya tindakan terhadap mana-mana individu perlu dibuat berdasarkan siasatan dan bukti sebelum dibawa ke mahkamah.

Justeru katanya, jika terdapat bukti kukuh berhubung kesalahan, individu terbabit perlu didakwa dan seterusnya proses kehakiman diserahkan kepada hakim.

“Kita bukan boleh hukum orang yang tak salah. Yang hukum bukan Perdana Menteri. Ada siasat, ada bukti, heret pergi. Ada bukti kuat, dakwa ke mahkamah. Kemudian serah kepada hakim. Hakim tengok pula kes. Betul? Dia tak salah, lepas. Dia salah, pergi Sungai Buloh, ke Kajang, ikutlah. Itu cara kita perintah tadbir,” katanya. –UTUSAN

The post Ambil tindakan tegas, pulihkan semula wang rakyat  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved