“Amboi anak siapa ni?” – [VIDEO] Wanita Siberia Nyanyi Lagu ‘Lemak Manis’ Buat Netizen ‘Cair’

Entertainment
14 Aug 2023 • 4:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anak muda Malaysia kini semakin suka dengan variasi irama tradisional, lagu-lagu seperti Lemak Manis, Umpan Jinak di Air Tenang kini membanjiri media sosial.

Terbaru, seorang penyanyi wanita kelahiran Siberia menyanyikan semula lagu Lemak Manis oleh Roslan Madun dalam rendisinya yang tersendiri.

Penyanyi yang dikenali sebagai Dijana Stena itu memuat naik videonya menyanyikan lagu itu di laman TikTok miliknya secara akustik dengan menggunakan gitar.

“Hidup ini terlalu luas untuk anda hanya melihat kekacauan di dalamnya, hujan bukan selamanya,” tulisnya ringkas di kapsyen.

Dalam video itu, Dijana turut menulis ‘hidup mesti lemak manis’ untuk menyebarkan aura positif kepada pengikutnya.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat lebih 715k tontonan serta lebih 4k komen.

“Amboi, kemain dia ya!”

Video berdurasi satu minit itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen kagum, lebih-lebih lagi cara sebutannya yang begitu jelas. Memang macam orang Melayu!

Tidak kurang ramai juga yang memuji lenggok suara serta rendisinya itu untuk lagu yang kini sedang banyak dimainkan di radio serta media sosial.

image is not available

Cute betul dia nyanyi, sedap pulak tu!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.