Ambulan Kemalangan Dengan MPV Polis Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital Bawa Wanita Mahu Bersalin

LocalPolitics
20 Aug 2024 • 9:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita berusia 28 tahun yang sedang sarat hamil berdepan detik mendebarkan apabila ambulan yang membawanya ke hospital terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta peronda polis (MPV) pada jam 1 pagi, kelmarin.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 13 Jalan Tenom-Keningau, Tenom, Sabah dan perlanggaran itu berlaku apabila pemandu ambulan dalam perjalanan membawa wanita itu dari Hospital Tenom ke Hospital Keningau.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta MPV polis membelok ke kanan dan pada masa sama pemandu van ambulans tidak sempat membrek. Oleh kerana jarak yang dekat lalu cuba mengelak ke kanan jalan dan berlanggar bahagian tepi kereta MPV polis berkenaan.

image is not available

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, ketika kejadian berlaku keadaan cuaca berkabus. Wanita itu bagaimanapun tidak cedera dan dipindahkan ke ambulan lain sebelum dihantar ke Hospital Keningau.

Wanita itu dilaporkan telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada pagi yang sama.

Kedua-dua pemandu ambulan dan MPV tidak mengalami kecederaan namun polis berusia 21 tahun yang duduk di kerusi penumpang hadapan MPV cedera ringan.

Penumpang yang berada dalam ambulans terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat tidak mengalami sebarang kecederaan.

image is not available

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 months ago

(VIDEO) Pemandu Toyota Altis Bikin Panas, Ke Kiri Ke Kanan Sengaja Halang Laluan Ambulans - "Apa Masalah Dia Ni?"