Wanita hamil maut terjatuh di Lahad Datu

2 Aug 2024 • 3:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Seorang wanita hamil yang juga pesakit psikiatri maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Hospital Lahad Datu, di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, wanita yang hamil 33 minggu itu dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu pada Selasa untuk rawatan, selepas dia bertindak agresif.

Katanya, wanita itu kemudian dimasukkan ke wad di tingkat tiga untuk rawatan dan pemerhatian lanjut.

“Semasa ditahan di wad itu, mangsa cuba terjun dari tingkap wad pada Rabu (31 Julai) tetapi berjaya ditahan oleh jururawat.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more “Mangsa diberi rawatan dan tangannya diikat. Bagaimanapun, tangannya dilepaskan sekitar jam 6.30 petang selepas diberikan ubat penenang dan dia tidak menunjukkan tindakan agresif,” katanya.

Menurut Dzulbaharin, sekitar jam 7.20 malam, jururawat mendapati mangsa tidak ada di katilnya dan pergi mencarinya, sebelum menemukan mangsa terbaring di kawasan rumput di tingkat bawah.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan untuk rawatan lanjut. Wanita itu juga menjalani pembedahan untuk menyelamatkan bayinya, bagaimanapun bayi itu meninggal dunia dalam kandungan.

“Mangsa dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) tetapi disahkan meninggal dunia hari ini (1 Ogos).

“Siasatan awal tidak menunjukkan perbuatan khianat dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat,” katanya, menambah kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Dzulbaharin dalam kenyataan pada Khamis juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.