AMD Akan Melabur Sehingga $5 Bilion Pada Anthropic

TechnologyBusiness & Finance
22 Jul 2026 • 10:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AMD Akan Melabur Sehingga $5 Bilion Pada Anthropic

AMD hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Anthropic, dan sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, ia memberikan ruangan kepada AMD untuk melabur sehingga $5 bilion pada syarikat Anthropic.

Dibawah kerjasama ini, Anthropic akan mendapatkan akses kepada kuasa perkomputeran daripada AMD, sehingga 2 gigawatt melalui GPU AMD Instinct MI450 atau melalui penyelesaian AMD Helios. Tenaga perkomputeran tambahan ini diperlukan dalam memastikan perkhidmatan Claude dapat terus menampung permintaan yang tinggi dari hari ke hari.

Sebelum ini, Anthropic sedia mendapatkan tenaga perkomputeran daripada SpaceX, dan desas-desus turut menyatakan mereka akan umum kerjasama dengan Meta dalam masa terdekat untuk tujuan sama.

Untuk kerjasama AMD ini juga, kedua-dua pihak dijangka akan turut melakukan kerjasama kejuruteraan dalam menggunakan Claude untuk memacu pembangunan perisian AMD.

Selari dengan ini juga, AMD menyatakan mereka komited untuk melakukan pelaburan sehingga $5 bilion pada Anthropic pada masa akan datang. Sekiranya ini berlaku, maka ia akan memposisikan kedudukan pasaran agak unik, memandangkan sebelum ini AMD sedia umum kerjasama dengan OpenAI dan memberikan mereka ruang untuk membeli saham AMD sebanyak 10%, selain turut memberikan peluang kepada Meta dalam membeli saham AMD sebanyak 10%. Kedua-dua syarikat ini adalah antara pesaing Anthropic dalam arena kecerdasan buatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved