Samsung Dilapor Ingin Melabur Pada Syarikat AI – Mistral

TechnologyBusiness & Finance
22 Jul 2026 • 2:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Dilapor Ingin Melabur Pada Syarikat AI – Mistral

Samsung kini dilaporkan dalam perbincangan untuk melabur ratusan juta Ringgit pada syarikat kecerdasan buatan janaan yang berpusat di Eropah, iaitu Mistral. Jumlah penuh yang akan dilabur tidak diketahui lagi, tetapi ia dikatakan mungkin mencapai sehingga €1 bilion pada syarikat berkenaan.

Mistral merupakan syarikat kecerdasan buatan berpusat di  Eropah, dan turut digunakan oleh beberapa firma di benua tersebut, termasuk membekalkan penawaran mereka kepada ketenteraan Perancis. Mistral juga sering diposisikan sebagai alternatif kepada teknologi Amerika, yang kini dilihat dihadkan penggunaannya, dan terdapat usaha untuk mengehadkan penggunaan untuk rakyat Amerika sahaja, sekaligus membuatkan pelbagai negara membangunkan penawaran alternatif mereka.

Pelaburan Samsung ini dijangka merupakan sebahagian daripada suntikan dana pelaburan baharu yang sedang diraih oleh Mistral, menilaikan syarikat berkenaan sekitar €20 bilion.

Buat masa ini, Samsung dan Mistral tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan pelaburan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved