AMD Melancarkan Cip Pemprosesan Ryzen AI MAX 400 Dengan Sokongan Memori Terbina Sebanyak 192GB

TechnologyDigital
21 May 2026 • 1:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fokus dunia pembangunan teknologi kini bergerak terhadap pembangunan komponen dan peranti yang mengutamakan sistem AI, AMD hari ini telah melancarkan cip pemprosesan terbaru mereka, siri AMD Ryzen AI MAX 400 yang hadir dengan fokus untuk memanfaatkan dan membangunkan sistem-sistem AI.

Image from: AMD Melancarkan Cip Pemprosesan Ryzen AI MAX 400 Dengan Sokongan Memori Terbina Sebanyak 192GB

Cip pemprosesan ini bukanlah sesuatu yang baru, ia berasaskan siri cip pemprosesan AMD Ryzen MAX 300 “Strix Halo” yang dilancarkan pada tahun lepas, yang memperlihatkan fokus kepada binaan komputer gaming dengan rekabentuk unik, seperti komputer tablet gaming ASUS ROG Flow Z13.

Image from: AMD Melancarkan Cip Pemprosesan Ryzen AI MAX 400 Dengan Sokongan Memori Terbina Sebanyak 192GB

AMD Ryzen AI MAX 400 dengan kod nama “Gorgon Halo” tampil dengan kemaskini kepada cip pengawal memorinya, yang membolehkan semua model cip pemprosesan dalam siri ini, iaitu AMD Ryzen AI Max+ PRO 495, AMD Ryzen AI Max PRO 490 dan AMD Ryzen AI Max PRO 485 hadir dengan jumlah memori LPDDR5X terbina sebanyak 192GB.

Image from: AMD Melancarkan Cip Pemprosesan Ryzen AI MAX 400 Dengan Sokongan Memori Terbina Sebanyak 192GB

Walaupun ini secara ringkasnya adalah cip pemprosesan yang sama seperti AMD Ryzen AI 300 MAX sebelum ini, cip-cip terbaru ini hadir dengan kelajuan lewahjam CPU setinggi 5.2GHz (berbanding 5.1GHz sebelum ini) dan 3.0GHz untuk komponen GPU.

Image from: AMD Melancarkan Cip Pemprosesan Ryzen AI MAX 400 Dengan Sokongan Memori Terbina Sebanyak 192GB

Satu lagi ciri tambahan pada APU ini ialah pengguna boleh mengubahsuai jumlah memori VRAM yang dikongsikan kepada komponen GPU AMD Radeon 8065S dan Radeon 8050S sebanyak 160GB. Ia juga merumahkan NPU dengan kemampuan memproses arahan AI setinggi 55 dan 50 TOPS. Dalam pada itu, cip APU ini juga hadir dengan kebolehan untuk menguasakan model bahasaraya (LLM) dengan 300 bilion parameter.

Image from: AMD Melancarkan Cip Pemprosesan Ryzen AI MAX 400 Dengan Sokongan Memori Terbina Sebanyak 192GB

Kelak, AMD juga akan mula memperkenalkan komputer bersaiz padat seperti Mac Mini, Intel NUC dan NVIDIA DGX Spark yang dikuasakan dengan cip pemprosesan ini yang dinamakan AMD Ryzen AI Halo.