Sistem Panggilan Video 3D Google Beam Dilancarkan

TechnologyDigital
21 May 2025 • 5:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Masihkah anda ingat dengan Project Starline yang dibangunkan ketika pandemik? Sistem panggilan video dan telesidang secara tiga dimensi ini akhirnya dilancarkan secara rasmi sebagai Google Beam pagi ini di Google I/O 2025 dengan kerjasama HP.

image is not available

Enam kamera diletakkan di keliling skrin Beam dengan kecerdasan buatan (AI) akan menggunakan input visual bagi menghasilkan video 3D yang kemudiannya berinteraksi dengan pengguna Beam yang lain. Dengan Beam insan yang dihubungi kelihatan seperti benar-benar di hadapan mata dengan mereka boleh dilihat dari pelbagai sudut. Kamera pada Beam menghasilkan kesan 3D ini secara masa nyata.

Satu ciri baharu yang wujud pada Beam tetapi tidak pada Starline ialah kemampuan melakukan alih bahasa secara automatik. Beam menggunakan teknologi Google Translate dan Meet untuk mengalih bahasa perbualan ke bahasa yang difahami pemanggil secara automatik menggunakan suara pemanggil asal. Dalam demo yang ditunjukkan perbualan dua hala dalam Bahasa Inggeris dan Sepanyol boleh dilakukan walaupun kedua-dua pengguna Beam.

Google Beam akan mula dijual kepada pelanggan yang berminat menjelang penghujung 2025. Deloitte, Salesforce, Citadel, NEC, Hackensack Meridian Health, Duolingo dan Recruit adalah antara pelanggan awal yang mengesahkan ingin menggunakan Beam di tempat kerja mereka.