AMD Ryzen 5 7500F Tanpa Cip Grafik Terbina Akan Diperkenalkan Untuk Pasaran China

TechnologyDigital
11 Jul 2023 • 12:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AMD dijangka akan memperkenalkan sebuah cip pemprosesan baru khusus untuk pasaran China, iaitu AMD Ryzen 5 7500F, sebuah cip pemprosesan kelas pertengahan yang tidak mempunyai cip pemprosesan grafik terbina didalamnya, sama seperti cip Intel Core siri F.

Butiran mengenai cip pemprosesan ini telah tertiris melalui skor penanda-aras atas talian, dan pihak Tom’s Hardware telah melaporkan bahawa cip pemprosesan ini akan diperkenalkan untuk pasaran China terlebih dahulu.

image is not available

Dari segi spesifikasi, cip pemprosesan ini dikatakan hadir dengan enam teras fizikal dan 12 bebenang kuasa dengan kelajuan asas 3.7GHz dan menggunakan kuasa sebanyak 65W untuk digerakkan. Ia juga akan menyokong papan induk AMD AM5 sedia ada, jadi ia boleh digunakan sebagai sebuah cip pemprosesan sandaran sekiranya diperlukan.

Seperti yang dikatakan, ia akan dijual di pasaran China melalui pekedai komputer, dan juga akan diperkenalkan melalui jenama-jenama pembangun komputer untuk mereka yang hanya mahu membeli sebuah komputer secara terus tanpa perlu meluangkan masa untuk membeli komponen-komponen secara kendiri.