AMD Zen 2 Kembali Dengan Cip AMD Ryzen 7 4700LE

TechnologyDigital
10 Jul 2026 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AMD Zen 2 Kembali Dengan Cip AMD Ryzen 7 4700LE

Pada pertengahan tahun ini, AMD telah menghidupkan platform cip AM4 dengan memperkenalkan semula model cip pemprosesan AMD Ryzen 7 5800X3D kerana isu kekangan memori DDR5 memaksa mereka memperkenalkan semula platform perkomputeran yang boleh memanfaatkan memori DDR4.

Terkini, khusus untuk pasaran China buat masa ini, AMD nampaknya telah memperkenalkan sebuah lagi cip pemprosesan lama yang dinamakan AMD Ryzen 7 4700LE yang dibangunkan berasaskan teknologi AMD Zen 2 yang dilancarkan pada tahun 2019. Untuk mengingatkan anda kembali, siri cip AMD Zen 2 merupakan platform kepada siri cip pemprosesan AMD Ryzen 3000.

Kita kini dapat melihat sejumlah butiran mengenai cip pemprosesan ini, seperti penawaran 8 teras fizikal dan 16 bebenang kuasa, kelajuan asas dan Boost Clock 3.6GHz/4.2GHz dan penggunaan kuasa elektrik TDP 65W.

Image from: AMD Zen 2 Kembali Dengan Cip AMD Ryzen 7 4700LE

Dari apa yang boleh dicari, cip pemprosesan ini juga nampaknya telahpun ditawarkan di pasaran China sejak bulan Mac atau April 2026. Akan tetapi, sebelum ini cip ini hanya ditawarkan melalui syarikat-syarikat pembina komputer OEM di negara tersebut.

Baru-baru ini, penawaran komputer desktop dengan cip pemprosesan ini dapat dilihat melalui laman Amazon di Amerika Syarikat, melalui syarikat penjual Qehi yang berasal dari China yang menjual sistem komputer dengan cip pemprosesan ini pada harga $799 ataupun RM3,258.84 kerana komputer ini boleh dihantar ke alamat Malaysia melalui laman tersebut.

Walaupun begitu, cip pemprosesan ini nampaknya masih lagi hanya akan “ditawarkan” untuk pembelian secara rasmi di pasaran China sahaja buat masa ini, yang mana pembelian cip pemprosesan untuk platform AM4 di pasaran-pasaran lain dilihat masih terhad kepada model cip pemprosesan AMD Ryzen 7 5800X3D sahaja.

Sumber: Tom’s Hardware, Amazon

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved