Intel Raptor Lake Next Dilaporkan Akan Hadir Dengan Penawaran Cip Komputer Riba Juga

TechnologyDigital
22 Jun 2026 • 12:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa Intel dilihat akan memperkenalkan siri cip pemprosesan generasi ke-14 mereka, Intel Raptor Lake kembali sebagai Intel Raptor Lake Next untuk menawarkan pengguna binaan komputer yang menggunakan memori DDR4 sebagai ganti kepada binaan komputer desktop generasi lebih baru menggunakan memori DDR5 yang dilihat masih lagi sangat mahal.

Terkini, terdapat beberapa laporan yang telah tiba yang mengatakan bahawa Intel juga akan memperkenalkan siri cip pemprosesan Raptor Lake Next untuk komputer riba juga. Akan tetapi, untuk ini, Intel dilaporkan hanya akan memperkenalkan siri cip pemprosesan Intel Core HX, iaitu siri cip pemprosesan paling berkuasa untuk komputer riba, khususnya digunakan untuk komputer riba gaming yang berkuasa.

Image from: Intel Raptor Lake Next Dilaporkan Akan Hadir Dengan Penawaran Cip Komputer Riba Juga

Dalam siri ini, ia dilaporkan juga bahawa tiga model cip pemprosesan yang akan diperkenalkan, termasuklah Intel Core 200 9 dengan 24 teras dalam konfigurasi 8+16, Intel Core 200 7 dengan 20 teras dalam konfigurasi 8+12 dan Intel Core 200 7 dengan 14 teras dalam konfigurasi 6+8).

Cip-cip ini juga dilaporkan tidak akan hadir dengan ciri vPro dan SIPP (Stable IT Platform Program) yang penting untuk komputer-komputer kelas bisnes dan perniagaan, yang memberi pandangan bahawa siri cip pemprosesan ini adalah untuk peranti pengguna biasa dan juga gaming sahaja.

Sebelum ini kami juga telah melaporkan bahawa siri cip pemprosesan ini akan hadir dengan penjenamaan Intel Core 200 sama seperti yang digunakan untuk siri cip Alder Lake Refresh. Buat masa ini, tiada butiran rasmi yang diketahui mengenai siri cip pemprosesan ini, tetapi jangkaannya ialah ia akan dilancarkan selepas siri cip pemprosesan Intel Nova Lake-S yang akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved