“Ameera Is Classier, Prettier And Richer” – Tular Foto Peluk Wanita, Jefri Nichol Didakwa Ada Kekasih Baru?

EntertainmentLifestyle
4 Jan 2026 • 1:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan dengan seorang wanita yang didakwa kekasih baharu.

Di ruangan kapsyen perkongsian, wanita itu menulis ringkas ‘Sayang’ dengan emoji hati putih beserta tag username Jefri Nichol.

“Sayang Jefri Nichol”

Video dan gambar mesra itu sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa pelakon berkenaan sudah memutuskan hubungan dengan pempengaruh popular, Ameera Khan.

image is not available

Apa yang melucukan apabila perkongsian tersebut dibanjiri komen dalam dialek Kelantan.

Ada menyindir Jefri yang dikatakan ‘menurunkan standard’, ada juga yang mempertikaikan sikap dan pilihan Jefri, manakala sebahagian lain sekadar berseloroh dengan gaya bahasa negeri Pantai Timur itu.

Nama Ameera turut disebut-sebut

image is not available

Tidak ketinggalan, nama Ameera Khan turut menjadi sebutan dalam kalangan netizen. Perbandingan mula dibuat, sehingga ada yang mengaitkan isu ini dengan hubungan lama yang pernah diperkatakan sebelum ini.

image is not available

Pssttt! Mungkin lebih baik beri ruang dan biarkan empunya badan menentukan jalan hidup mereka sendiri, tanpa perlu terlalu jauh mencampuri urusan peribadi orang lain. Didoakan semoga masing-masing bahagia dengan pilihan masing-masing.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Ameera Is Classier, Prettier And Richer” – Tular Foto Peluk Wanita, Jefri Nichol Didakwa Ada Kekasih Baru? appeared first on Oh! Media.