Ameera Khan Kembali Aktif Di Instagram, Kongsi Gambar Tidak Berhijab

Entertainment
25 Dec 2022 • 1:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ameera Khan - Gambar Instagram littlemisskhan

Setelah sekian lama dilihat menyepi di Instagram, kini pempengaruh media sosial popular yang juga merupakan adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan dilihat telah kembali aktif menggunakan akaun media sosial itu.

Terbaru Ameera telah memuatnaik banyak gambar dan video di Instagram  sewaktu kunjungannya ke Dubai dan tanah suci Mekah.

Ameera juga sempat memuat naik video dirinya yang sedang berada di dalam kereta namun tidak memakai hijab di bahagian Instastory. 

image is not available
Gambar Instagram littlemisskhan

Gambar-gambar serta video yang dikongsikan itu adalah kenangannya sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 22 tahun di Dubai yang jatuh pada tanggal 8 Disember.

Terdahulu nama Ameera menjadi perhatian netizen selepas ibunya memuat naik gambar mereka bersama mengerjakan umrah. Ameera menjadi perhatian kerana dalam kebanyakan gambar dia menyorokkan wajahnya. - Getaran, 24 Disember 2022