“Pusat Berkeladak” – Pakai Baju ‘Crop Top’, Gambar Norreen Iman Dipenuhi Komen Biadap

17 Dec 2022 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial iaitu Norreen Iman telah memuat naik beberapa keping gambar dan video memaparkan dirinya di laman Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon baharu berusia 28 tahun itu dilihat memakai baju ‘Crop Top’ berwarna hitam bersama kain ‘Jeans’ berwarna ungu.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah baju yang diggayakan Norreen itu agak mendedahkan di bahagian pusat.

Hi Razzi Razak , comel tak bini you?

Meninjau di ruangan komen, hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rakan selebriti, ada yang memuji keyakinan dan kecomelan Norreen di dalam gambar tersebut.

image is not available

Namun, ada juga segelintir netizen yang meniggalkan reaksi negatif dengan mengkritik bahagian pusat dimiliki oleh Norreen dan disamakan dengan pelbagai perkara seperti lubang busut dan makanan ‘Donut’.

image is not available

Selain itu, terdapat juga pengguna yang menegur cara pemakaian Norreen dan meminta agar dia tidak menggayakan lagi pemakaian sebegitu.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Eh Betul Ke Ni?" - Nampak Janna Nick & Dini Schatzmann Di Genting Highlands, Netizen Persoal Status Hubungan