Ameera Khan tak pernah tidur bersama kekasih, akui Jefri Nichol pelindung terbaik

EntertainmentLifestyle
28 Apr 2025 • 10:12 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan membidas pertanyaan salah seorang peminatnya mengenai hubungan bersama kekasih, pelakon asal Indonesia Jefri Nicol.

Menerusi hantaran Insta Story, Ameera diajukan soalan sama ada dirinya pernah tidur bersama Jefri dan membalas soalan tersebut dengan sindiran sebagai tanda kurang senang.

Ameera Khan tak pernah tidur bersama kekasih

image is not available

“Sleep call setiap malam tak tidur pun, selalu call memang tak pernah putus.

“Kak dah tua ni janganlah tanya soalan macam budak yang tiada otak ya,” kata Ameera pada Ahad.

Dalam pada itu, Ameera memberitahu Jefri seorang lelaki yang sempurna dan merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan bakal suami.

image is not available

“Buat saya dia begitu sempurna dan melayan saya dengan baik.

“Jefri tak pernah halang untuk saya jadi diri sendiri, buatkan saya rasa selesa dan selamat apabila bersamanya. Jefri juga utamakan saya dalam pelbagai hal dan sangat memahami.

“Jefri merupakan lelaki yang sangat saya hargai, selalu ada untuk sokong dan bangga dengan apa yang saya lakukan.

“Dia juga selalu mempertahankan saya dan tunjuk bahawa dia sangat perlukan saya. Perkara ni buatkan saya rasa lebih bermakna,” katanya lagi.

Sementara itu, adik kepada selebriti terkenal Neelofa itu juga mendedahkan dia selalu meminta Jefri untuk berbual dalam bahasa Indonesia dan berharap suatu hari nanti dapat menguasai bahasa negara jiran itu dengan fasih agar lebih mudah untuk berkomunikasi bersama.

Sumber: Instagram Ameera Khan