“Macam budak tak ada ot*k” – Ameera Khan Bengang Netizen Tanya Jika Pernah ‘Tidur’ Dengan BF

Entertainment
28 Apr 2025 • 3:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas tular isu gambar ‘terlebih mesra’ Ameera Khan dengan kekasih yang juga pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol, nama adik kepada Neelofa ini kembali menjadi perhatian apabila dilihat bengang dengan pertanyaan seorang netizen.

Dalam perkongsian di IG story miliknya, Ameera dilihat menjawab soalan dari netizen yang bertanya sama dia pernah ‘tidur’ dengan kekasih ataupun tidak.

Dah sleep dengan j (Jefri)?”

image is not available

Tidak selesa dengan soalan yang ditanya, Ameera meminta agar netizen tidak bertanyakan soalan yang kurang bijak kepadanya.

Sleep call setiap malam, tak tidur pun selalu call. Memang call tak pernah putus.

“Kak, kak dah tua jangan la tanya soalan macam budak-budak yang takde otak k?” tulisnya.

Dalam pada itu, Ameera juga menyifatkan Jefri sebagai calon suami yang baik kerana lelaki itu dilihat sebagai seorang pelindung.

Menurutnya lagi, sepanjang menjalinkan hubungan, Ameera merasakan hidupnya lebih bermakna dan dihargai.

image is not available

Jefri tak pernah halang untuk saya jadi diri sendiri, buatkan saya rasa selesa dan selamat apabila bersamanya.

“Jefri utamakan saya dala pelbagai hal dan sangat memahami. Jefri merupakan lelaki yang sangat saya hargai, selalu ada untuk sokong dan bangga dengan apa yang saya lakukan,” katanya lagi.

Jefri dan Ameera sebelum ini pernah dilaporkan putus cinta pada Oktober 2021 dan kembali menjalinkan hubungan semula pada Mac tahun lalu.

Hubungan mereka juga bertambah erat apabila Jefri sering dilihat berkunjung ke Kuala Lumpur dan didakwa mencacah tatu berbentuk akronim ‘AK’ pada jari manisnya.

Sumber: Instagram, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.