Amelia Henderson Nafi Putus Cinta Sebab Sibuk Bekerja, Tak Nak Kahwin - “Kalau Sayang…”

15 Jun 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan pengacara Amelia Henderson menafikan dakwaan yang dibuat mengenai punca sebenar pengakhiran hubungan cintanya bersama aktor Aedy Ashraf.

Bukan alasan sibuk bekerja

Jelas Amelia, alasan ‘sibuk bekerja’ bukanlah penyebab dia dan aktor berusia 30 tahun itu putus di tengah jalan seperti yang pernah dinyatakan oleh Aedy kepada pihak media sebelum ini.

“Itu adalah tidak betul, busy is busy, tapi kalau awak sayang seseorang awak akan tetap luangkan masa bersama dia. 

Sementara itu, Amelia turut menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan hubungan tersebut berakhir kerana dia masih tidak bersedia untuk melangkahkan hubungan ke peringkat seterusnya iaitu berkahwin.

“Itu adalah tidak betul juga saya memang tiada perancangan untuk kahwin dan itu bukan alasan kami breakup,” tambahnya.

Imbas semula pada Mac tahun lalu, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada akhir Julai 2023, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.

Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu.

Sebelum ini, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.