Amelia Henderson si ‘beauty with brain’

EntertainmentLifestyle
25 Jul 2026 • 12:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amelia Henderson si ‘beauty with brain’

SEBELUM ini, kerap juga Diva lihat Amelia Henderson menerima pujian netizen kerana kepetahannya dalam mengacarakan program dan saluran audia siarnya.

Jika mencari pengacara pelapis, mungkin Amelia adalah pilihan yang tepat kerana dia boleh dikatakan sebagai artis yang bijak malah memiliki IQ 180 dan bergelar ahli Mensa International.

Pujian tersebut terus membanjiri media sosial baru-baru ini selepas tular video temu bualnya dengan Khairy Jamaluddin (KJ).
Sempat juga Diva menonton video tersebut dan beberapa kali kagum dengan caranya menjawab setiap soalan KJ. Bukan Diva sahaja yang kagum, ada juga netizen yang menyuarakan hal sama.

“Suka cara Amelia jawab soalan seperti bagaimana dia buat duit? Jawapan yang diberikan sangat matang.

“Dia beritahu orang muda bila buat sesuatu baru, banyak nampak masalah dan nak ubah pelbagai perkara sedang kurang pengalaman mengenainya.

“Amelia beritahu sepatutnya belajar dahulu punca kemudian barulah fikir tentang buat duit,” katanya netizen.
Harap apa yang Amelia kongsi dalam video tersebut menjadi inspirasi dan contoh kepada generasi muda.

DIVA: Bangga lihat Amelia berpeluang menemu bual Matt Damon dan Tom Holland, siap ajar cakap bahasa Malaysia!

The post Amelia Henderson si ‘beauty with brain’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved