Hukuman mati beratus tahun lalu dilakukan di kawasan lapang sebagai pengajaran kepada semua orang awam. Tetapi kini ia dilakukan dalam kawasan tertutup kerana hukuman dilihat terlalu ngeri. Tetapi Pentagon pagi ini mengumumkan hukuman mati ke atas Nidal Hasan akan distrim secara langsung untuk ditonton oleh semua.

Hasan didapati bersalah melakukan serangan di Fort Hood, Texas pada tahun 2009 yang menyebabkan kematian 13 anggota tentera. Beliau yang merupakan seorang Mejar Tentera Amerika Syarikat pada waktu tersebut didapati bersalah melakukan serangan keganasan oleh mahkamah tentera. Hukuman ditembak sehingga mati akan dijatuhkan pada 3 Disember dengan ia akan menjadi yang pertama melibatkan anggota tentera Amerika sejak 1961.
Setiausaha Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hagseth berkata hukuman distrim secara langsung supaya orang ramai memahami bahawa terdapat balasan serius bagi jenayah seperti ini.
Sekiranya hukuman ini distrim secara langsung seperti yang dirancang, Amerika akan menyertai Afghanistan, Arab Saudi, Iran, Korea Utara, Somalia, dan Yemen sebagai negara yang masih melakukan hukuman mati secara terbuka.
Sumber – PBS




