Amerika akan siarkan secara langsung hukuman mati Nidal Hasan

WorldPolitics
9 Oct 2026 • 9:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amerika akan siarkan secara langsung hukuman mati Nidal Hasan

WASHINGTON – Pelaksanaan hukuman mati oleh skuad penembak terhadap askar yang disabitkan kesalahan membunuh, Nidal Hasan, akan disiarkan secara langsung, kata seorang pegawai Pentagon semalam, selepas Setiausaha Perang Pete Hegseth menyatakan bahawa hukuman akan dilaksanakan secara ‘terbuka’.

Hasan yang merupakan pakar psikiatri Tentera Amerika Syarikat(AS),  menembak mati 13 orang di pangkalan Fort Hood pada  2009. Hukuman matii ke atas dirinya adalah yang pertama oleh tentera AS sejak 1961, dan pertama dilakukan  skuad penembak sejak Perang Dunia Kedua.

“Ia akan disiarkan secara langsung. Butiran lanjut akan menyusul,” kata pegawai Pentagon itu kepada AFP.i.

Hegseth pula berkata di platform X semalam bahawa Hassan akan berdepan skuad penembak tentera, sepertimana sewajarnya, dan ‘kami akan memastikan orang ramai dapat menontonnya secara terbuka’.

“Masyarakat perlu memahami  tentang  akibat serius bagi perkara seperti ini,”  kata Hegseth kepada pesohor laman sosial Jack Posobiec ketika mereka berada di atas kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln.

Dalam klip video berasingan, Posobiec bertanya kepada ketua Pentagon itu sama ada Hasan ada membuat permintaan terakhir.

“Tidak peduli. Kita akan lihat dia pada 3 Disember 2026,” kata Hegseth,  merujuk kepada hari Hasan dijadualkan dihukum mati.

Hukuman mati terhadap tentera AS kali terakhir dilaksanakan pada tahun 1961, apabila John Bennett digantung sampai mati atas kesalahan merogol dan cubaan membunuh.

Menurut kumpulan hak asasi Amnesty International, sekurang-kurangnya 17 hukuman mati telah dilaksanakan  pada tahun 2025  iaitu  enam di Afghanistan dan 11 di Iran.

Pusat Maklumat Hukuman Mati pula membertahu, seramai 135 askar dijatuhi hukuman itu oleh tentera AS sejak tahun 1916. – AFP

 

The post Amerika akan siarkan secara langsung hukuman mati Nidal Hasan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved