Rumusan Artikel
Belanjawan 2027 akan dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Kerajaan mahu memastikan kemajuan negara dapat dirasai oleh setiap rakyat.
Taraf kehidupan rakyat akan terus ditingkatkan supaya mereka dapat hidup secara bermaruah.
Pembentangan boleh diikuti secara langsung pada 3.30 petang menerusi saluran televisyen dan platform digital utama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2027 meneruskan tekad kerajaan untuk memastikan kemajuan negara dapat dirasai oleh setiap rakyat.
Menurut Anwar, taraf kehidupan rakyat akan terus ditingkatkan selain memastikan nasib mereka terbela dan dapat menjalani kehidupan secara bermaruah.
View this post on Instagram
“Insya-Allah, petang ini saya akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan aspirasi untuk ‘menggapai di langit serta mengakar di bumi’.”
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di platform X hari ini.
Anwar turut mengajak orang ramai mengikuti pembentangan Belanjawan Madani kelima itu secara langsung menerusi semua saluran televisyen dan platform digital utama pada 3.30 petang.
“Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama pada 3.30 petang ini,” katanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

F1 Sepang Jana Kesan Limpahan Lebih RM345 Juta Kepada PMKS Tempatan
The post Belanjawan 2027: PM Anwar Mahu Kemajuan Negara Dirasai Semua Rakyat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






