Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) mencadangkan kadar tarif maksimum sebanyak 18 peratus terhadap barangan import dari beberapa negara termasuk Malaysia.
Memetik laporan, negara lain yang turut dicadangkan dikenakan kadar tarif sama ialah Kemboja, Indonesia, Thailand dan Bangladesh.
AS cadang hadkan tarif kepada 18 peratus
Pejabat USTR memaklumkan bahawa pihaknya berhasrat mengehadkan kadar tarif baharu pada paras lebih rendah berdasarkan perjanjian perdagangan yang telah dimeterai atau masih dalam rundingan.
Cadangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menangani isu lebihan kapasiti pengeluaran industri dalam kalangan rakan dagang utama negara itu.

China turut menjadi perhatian apabila negara tersebut dijangka mencatatkan lebihan perdagangan melebihi AS$1 trilion pada 2026.
Kesan cadangan tarif baru
Dalam pada itu, kemungkinan pelaksanaan tarif baharu AS turut memberi tekanan kepada pasaran saham global pada Rabu, menyaksikan niaga hadapan Nasdaq merosot lebih dua peratus.
Penganalisis menjangkakan sekatan perdagangan AS terhadap China dan beberapa ekonomi lain akan terus meningkat.

Tarif turut menyumbang kepada kenaikan harga barangan
Pelaksanaan tarif sebelum ini turut menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barangan pengguna di Amerika Syarikat, sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi negara berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bil TNB Naik Mendadak? Ini Penjelasan Rasmi Mengenai Perubahan Tarif Elektrik
The post Amerika Syarikat Cadang Hadkan Tarif Barangan Malaysia Kepada 18 Peratus first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





