Pentagon dikecam larang ahli Kongres lawat pangkalan tentera AS di Asia Barat

WorldPolitics
26 Nov 2026 • 7:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pentagon dikecam larang ahli Kongres lawat pangkalan tentera AS di Asia Barat

WASHINGTON: Keputusan Pentagon menghalang ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) daripada melawat pangkalan tentera negara itu di Asia Barat mencetuskan persoalan dan kritikan daripada bekas pegawai pertahanan.

Pengarah Eksekutif Institut McCain Universiti Negeri Arizona yang juga bekas pegawai Jabatan Pertahanan AS, Evelyn Farkas berkata, larangan itu menimbulkan kebimbangan Pentagon cuba menghalang pengawasan Kongres terhadap operasi ketenteraan.

“Langkah itu menimbulkan tanggapan terdapat usaha menyembunyikan maklumat bagi menghalang pengawasan Kongres, sama ada untuk menyembunyikan hakikat bahawa perang Iran menelan kos lebih tinggi atau menggunakan konflik itu sebagai alasan untuk mendapatkan peruntukan tambahan,” katanya kepada majalah Fortune.

Farkas berkata, ahli Kongres mempunyai hak, malah perlu dibenarkan melawat pangkalan tentera walaupun ketika negara sedang terlibat dalam peperangan.

“Menyisihkan Kongres bukanlah cara untuk mencapai objektif Jabatan Pertahanan,” katanya.

Sementara itu, Felo Kanan Institut Washington bagi Dasar Timur dan bekas pengarah bagi Teluk serta Semenanjung Arab di Pentagon, Elizabeth Dent turut mempersoalkan sama ada terdapat perkara yang cuba disembunyikan oleh jabatan itu.

“Kebimbangan utama saya ialah pentadbiran sebelum ini menyatakan Operasi Epic Fury sudah berakhir.

Adakah tindakan ini sebenarnya mencerminkan kurangnya ketelusan dan usaha menyembunyikan beberapa perkara yang sedang berlaku, termasuk kemusnahan beberapa pangkalan tentera?” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

The post Pentagon dikecam larang ahli Kongres lawat pangkalan tentera AS di Asia Barat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved