Amerika Syarikat Dilaporkan Pertimbang Haramkan Perisian Dan Perkakasan China Pada Kenderaan

TechnologyDigitalCars
23 Sep 2024 • 9:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Amerika Syarikat sedia mengharamkan beberapa perkara melibatkan teknologi China, dan kini ia dilihat pihak berkuasa Amerika Syarikat akan mencadangkan untuk mengharamkan perisian dan perkakasan China untuk digunakan pada sebarang kenderaan di jalan raya di negara berkenaan.

Pentadbiran Amerika Syarikat dikatakan risau akan berkenaa dengan pengumpulan data oleh syarikat China, melibatkan pemandu dan infrastruktur di Amerika Syarikat, selain pelbagai manipulasi yang boleh dilakukan.

Pengharaman ini juga secara tidak langsung akan membuatkan tiada kenderaan berhubung dari China yang boleh dijual di Amerika Syarikat, mahupun sistem atau teknologi yang dibangunkan oleh firma berpusat di China.

Perkembangan baharu ini hadir lanjutan daripada peningkatan tarif oleh Amerika Syarikat sehingga 100% kepada penjualan kereta elektrik dari China. Mengikut laporan awal, langkah ini dijangka akan melalui beberapa fasa, termasuk mendapatkan maklumbalas orang ramai, sebelum dikuat-kuasakan sekitar bermula sekitar 2027 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved