Amerika Syarikat rakan strategik Malaysia bangunkan sektor pertanian moden - Mohamad Sabu

15 May 2026 • 9:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amerika Syarikat rakan strategik Malaysia bangunkan sektor pertanian moden - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA -  Malaysia melihat Amerika Syarikat (AS) sebagai rakan kongsi utama dalam membangunkan sektor pertanian moden dan mampan bagi mendepani cabaran global termasuk perubahan iklim, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan geopolitik.

Perkara itu ditekankan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (USABC), Duta (Bersara) Brian D McFeeters bersama delegasi majlis itu, semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini, Mohamad berkata Malaysia turut berhasrat meningkatkan kerjasama dan pelaburan dengan AS dalam sektor padi dan ruminan, selain penanaman jagung bijirin secara besar-besaran bagi menyokong industri makanan haiwan domestik.

"Sesi dialog telah memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu pertanian regeneratif

(regenerative agriculture), bekalan baja dan juga hala tuju sektor pertanian Malaysia," menurut kenyataan itu.

Menurut KPKM, Mohamad turut menjemput delegasi USABC untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2026 yang dijadualkan pada 28 Ogos hingga 6 September ini.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved