
Pengacara dan pendakwah, Amin Idris menegur satu video tular yang memaparkan seorang usahawan berkongsi tip perniagaan dengan membaca Surah Al-Fiil namun didakwa mentafsir ayat al-Quran secara tidak tepat.
Menurut Amin, beliau menonton video tersebut yang memaparkan individu berkenaan mengaitkan kalimah ‘Rabbuka’ dalam surah berkenaan dengan maksud ‘buka’, kononnya sebagai simbolik kepada pembukaan pintu rezeki dari langit.
Bagaimanapun, Amin menegaskan bahawa tafsiran tersebut adalah tidak tepat kerana perkataan ‘Rabbuka’ sebenarnya membawa maksud ‘Tuhanmu’, bukannya ‘buka’ seperti yang didakwa dalam video tersebut.
“Makna ‘Rabbuka’ bukan buka, tapi Tuhanmu.
“Sama bila dalam kubur nanti, kita akan disoal ‘Ma Rabbuka’, siapa Tuhan kamu?,” katanya.
@iamaminidris Ada tertengok satu video seorang usahawan share tips berniaga dengan membaca surah Al Fiil. Beliau terjemah kalimah ‘Rabbuka’ bererti ‘buka’. Maknanya Allah ‘buka’ pintu langit rezeki. Makna ‘Rabbuka’ BUKAN BUKA, tapi TUHANMU. Hati-hari dalam memetik ayat Quran. Jangan main hentam je. Itu ayat Allah
♬ original sound – Amin Idris – Amin Idris
Baca juga:
‘Adam demam rindukan Appa, Amma’
‘Anda yakin saya berada di Selatan Thai?’ – Tamim Dahri
Lelaki ditemui meninggal dunia di dalam longkang
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila berkongsi atau mentafsir ayat-ayat al-Quran, kerana ia merupakan kalam Allah yang perlu difahami.
“Hati-hati dalam memetik ayat Quran. Jangan main hentam je. Itu ayat Allah,” katanya.
The post Amin Idris tegur usahawan terkenal salah tafsir ayat surah Al-Fiil appeared first on The Reporter.



