“Hati-hati memetik ayat Quran, jangan main hentam” – DSV Ditegur Amin Idris, Kongsi Petikan Surah Al-Fiil Tapi Salah Maksud

LocalFood
13 Mar 2026 • 11:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) kembali menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik satu hantaran berkenaan dengan tips buat peniaga kecil untuk raih rezeki.

Dalam video tersebut, DSV kongsikan petikan ayat al-Quran iaitu surah Al-Fiil, katanya ia mungkin dapat membantu untuk ‘membuka pintu rezeki’ kerana terkandung ayat Rabbuka. Katanya, surah itu perlu diamalkan 3 kali untuk mendapat keberkesanannya dan mendakwa ia juga ‘surah tarik rezeki’ untuk peniaga di bulan Ramadan.

Artikel berkaitan: “Saya terima dia seadanya” – DSV Simpan Rasa Sedih, Dedah Cik B ‘Struggle’ Jadi ‘Girlish’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur dan mengecam DSV kerana perkongsian yang diberikan ini salah  dari segi maksud ayat. Ia juga membuatkan pendakwah bebas dan personaliti TV iaitu, Amin Idris terpanggil untuk tampil memberikan teguran buat DSV.

Tegasnya, Rabbuka itu bukan maksudnya ‘buka’ tetapi ‘Tuhanmu’, Amir Idris turut memesan supaya tidak sewenang-wenangnya mempermainkan ayat-ayat al-Quran.

image is not available

Sumber : TikTok, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.