Salah tafsir ayat al-Quran? Amin Idris tegur Vida – “Rabbuka maksud Tuhan kamu…”

LocalEntertainment
13 Mar 2026 • 9:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris menegur tindakan usahawan Datuk Seri Vida dalam menafsir ayat al-Quran tanpa memberikan makna yang sebenar.

Salah tafsir ayat al-Quran

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, memperlihatkan Vida membacakan sepotong ayat al-Quran dari Surah al-Fiil dan mendakwa ia begitu mujarab untuk membuatkan rezeki bertambah luas khususnya kepada mereka yang bergelar sebagai usahawan.

@datoserividaofficial

Peniaga kecil / usahawan amalkan insyallah rezeki terbuka luas terutama bulan RAMADHAN #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #dsv #ramadhan

♬ original sound - QU PUTEH BARULAH PUTEH - QU PUTEH BARULAH PUTEH
“Untuk peniaga yang nak rasa rezeki tu jadi lain macam bacalah ayat ini.
“Baca Alam tara kaifa fa’ala rabbuka bi-as-hābil fīl, baca tiga kali insya-Allah tuhan bukakan pintu langit untuk kita, angkat doa dan diberi rezeki yang tak dijangka, rezeki yang tidak luak serta rezeki barakah,” kata Vida, di TikTok.

Sehubungan itu, Amin memberi sedikit teguran dan menjelaskan maksud sebenar potongan ayat suci tersabut yang tidak mempunyai kaitan untuk membuatkan rezeki bertambah murah.

image is not available

Screenshot

“Rabbuka itu bukan bermaksud buka. ‘Rabb’ itu adalah Tuhan, ‘ka’ itu adalah kata ganti nama kepada kamu dan ‘Rabbuka’ bermaksud Tuhan kamu.
“Sama juga bila kita di alam kubur nanti ‘Ma Rabbuka’ siapa Tuhan kamu bukannya siapa yang buka buka,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi doa yang boleh digunakan untuk meminta agar dimurahkan rezeki.

“Ada doa untuk minta diberi rezeki antaranya dalam hadis sahih Ibn Majah, nabi ajar kita ‘Allahumma inni as’aluka ‘ilman naafi’an, wa rizqan thayyiban, wa ‘amalan mutaqabbalan’.
“Ni mudah sahaja, kita minta kepada Allah, ilmu bermanfaat, rezeki terbaik dan amalan kita diterima. Pengajarannya al-Quran kita belajar dengan betul bukannya asal bunyi sama kita iya kan sahaja. Ini ayat Allah, berhati-hati dalam menghuraikannya walaupun niat baik tapi kalau cara tak betul tak baik juga,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Gagal bayar pembiayaan RM15.5 juta, mahkamah arah hartanah Vida dilelong

Terdahulu, netizen turut menegur usahawan tersebut yang semberono menafsir ayat al-Quran tanpa memberikan makna yang sebenar malah ada juga memperbetulkan bacaan ayat suci terbabit.

Difahamkan, perkongsian itu masih belum diturunkan di platform TikTok dan terus membawa kekeliruan kepada wargamaya mempersoalkan tindakan berkenaan.

Sumber: Threads  fat_deadpoool, TikTok datoserividaofficial