Aminuddin Bertanding Di DUN Linggi, Loke Di Chennah - Anwar

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 12:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Aminuddin Bertanding Di DUN Linggi, Loke Di Chennah - Anwar

AMINUDDIN BERTANDING DI DUN LINGGI, LOKE DI CHENNAH - ANWAR

KUALA PILAH, 14 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun diumumkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, yang berlangsung pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu sebelum ini adalah penyandang kerusi DUN Sikamat selama empat penggal sejak 2008.

Turut diumumkan bertanding ialah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, dengan mengekalkan DUN Chennah yang disandang sejak 2013.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Perdana Menteri pada majlis pengumuman calon gabungan berkenaan pada PRN Negeri Sembilan, yang dihadiri barisan kepimpinan tertinggi dan ribuan penyokong.

Turut hadir Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengarah Komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar berkata majlis pengumuman calon PH malam ini adalah permulaan yang baik dan berharap rakyat memberi mandat kepada gabungan berkenaan untuk meneruskan usaha menambah baik pembangunan serta kesejahteraan Negeri Sembilan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 1 Ogos ini sebagai hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan ke-16 manakala 18 Julai bagi penamaan calon dan undi awal pada 28 Julai.

Pada PRN kali ini, PH bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri.

PRN ke-15 yang berlangsung pada Ogos 2023 menyaksikan PH memenangi 17 kerusi diikuti Barisan Nasional (14) dan Perikatan Nasional (lima).

Berikut adalah senarai calon PH sempena PRN Negeri Sembilan ke-16:

P.126 Jelebu N.01 : Chennah Anthony Loke (DAP) N.02 : Pertang Mohd Umry Abdul Khois (PKR) N.03 : Sungai Lui Zainal Fikri Abd Kadir (PKR) N.04 : Klawang Datuk Bakri Sawir (Amanah)

P.127 Jempol N.05 Serting Yaacob Mahmood (Amanah) N.06 Palong Muhammad Zahin Zinal Abidin (PKR) N.07 Jeram Padang Manivanan Gowin (PKR) N.08 Bahau Teo Kok Seong (DAP)

P.128 Seremban N.09 Lenggeng Zarinna Abu Zarin (Amanah) N.10 Nilai J. Arul Kumar (DAP) N.11 Lobak Chew Seh Yong (DAP) N.12 Temiang Ho Weng Wah (DAP) N.13 Sikamat Nor Azman Mohamad (PKR) N.14 Ampangan Datuk Muhammad Nazri Kassim (PKR) P.129 Kuala Pilah N.15 Juasseh Mohd Aidil Abdullah (PKR) N.16 Seri Menanti Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa (PKR) N.17 Senaling Mohd Hanis Mohd Alimin(Amanah) N.18 Pilah Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (PKR) N.19 Johol Mohd Zailan Mohd Munawar (Amanah) P.130 Rasah N.20 Labu Datuk Ahmad Faez Abdul Razak (PKR) N.21 Bukit Kepayang Nicole Tan (DAP) N.22 Rahang Siau Meow Kong (DAP) N.23 Mambau Lee Kai Yet (DAP) N.24 Seremban Jaya S.Mugunthan (DAP)

P.131 Rembau N.25 Paroi Ahmad Shahir Mohd Shah (Amanah) N.26 Chembong Danish Nazran Murad (PKR) N.27 Rantau Dr Azizul Hakim Mahdi (PKR) N.28 Kota Muhammad Allif Ibrahim (Amanah) P.132 Port Dickson N.29 Chuah Yew Boon Lye (PKR) N.30 Lukut Choo Ken Hwa (DAP) N.31 Bagan Pinang Nasir Raman (Amanah) N.32 Linggi Datuk Seri Aminuddin Harun (PKR) N.33 Sri Tanjung Dr G. Rajasekaran (PKR)

P.133 Tampin N.34 Gemas Siti Aishah Seman@Othman (PKR) N.35 Gemencheh Abd Latif A.Tambi (Amanah) N.36 Repah S. Veerapan (DAP)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved