DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 12:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH
Anthony ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH di Kuala Pilah pada Selasa.

KUALA PILAH - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sekali lagi menamakan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos ini.

Menurutnya, meskipun di kerajaan Persekutuan beliau adalah seorang menteri, namun di Negeri Sembilan, Pengerusi PH Negeri Sembilan itu merupakan ketuanya.

"Di Negeri Sembilan 'poster boy' kita adalah jelas. Calon Menteri Besar hanya ada seorang, panglima perang kita hanya ada seorang iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun.

"Walaupun di peringkat Persekutuan saya adalah menteri, tapi di Negeri Sembilan bos saya ialah Tok Min (Aminuddin). Saya akan sokong beliau sebagai calon," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH di sini pada Selasa.

Jelas beliau, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Aminuddin menunjukkan trek rekod yang baik dan ia dibuktikan sejak PH menerajui kerajaan pada tahun 2018.

Selain itu Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu mengingatkan semua petugas dan ahli PH supaya menjaga tutur kata serta menghormati adat dan institusi diraja Negeri Sembilan sepanjang tempoh berkempen bagi mengelakkan sebarang isu dimanipulasi.

"Saya juga nak menegaskan DAP sentiasa menjunjung prinsip perlembagaan Persekutuan, Sistem Raja Berperlembagaan dan rukun negara.

"Seluruh kepimpinan dan ahli DAP taat setia kepada sistem Raja Berlembagaan di Negeri Sembilan," katanya.

Beliau turut menegaskan yang parti itu sentiasa taat dan setia kepada Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin serta sistem adat yang dilaksanakan di Negeri Sembilan.

"Di Negeri Sembilan tiada Undang Kelima. Jadi saya nak bagi peringatan kepada rakan-rakan, petugas dan ahli yang berkempen, kita kena jaga tata susila dan adab kita, jangan berseloroh dan berjenaka dengan sistem adat di Negeri Sembilan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved