Amir Raja Lawak Ditidurkan Di ICU Akibat Jangkitan Paru-Paru

Entertainment
11 Nov 2026 • 9:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Amir Raja Lawak Ditidurkan Di ICU Akibat Jangkitan Paru-Paru

Pelawak, Mohammad Amirullah Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak, 37, kini sedang menerima rawatan di hospital selepas mengalami jangkitan paru-paru.

Perkara itu dikongsikan pelakon, Lando Zawawi menerusi hantaran terbaharunya di Facebook.

Advertisement

Menurut Lando, Amir kini sedang menunggu giliran untuk ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi menjalani proses rawatan seterusnya.

Amir alami jangkitan paru-paru

Lando berkata, dia terlebih dahulu mendapatkan keizinan daripada ibu Amir, Puan Nizan, untuk memohon orang ramai termasuk sanak-saudara dan rakan-rakan mendoakan kesihatan pelawak berkenaan.

“Saya baharu saja mendapat keizinan daripada ibu Amir (Puan Nizan) untuk memohon sanak-saudara dan rakan-rakan yang mengenali saudara kita, Mohammad Amirullah Azmi supaya mendoakan agar beliau segera pulih dan kembali sihat.”

“Kini beliau sedang menunggu giliran di ICU untuk proses seterusnya. Maaf tak sanggup cakap tapi beliau terkena jangkitan paru-paru. Asma memang daripada kecil. Semoga ALLAH SWT masih beri peluang kita bersamanya,” katanya pada Selasa.

Bagaimanapun, lokasi hospital tempat Amir menerima rawatan tidak diperincikan dalam hantaran tersebut.

Lando minta orang ramai selesaikan hutang

Dalam hantaran sama, Lando turut mengingatkan individu yang masih mempunyai hutang dengan Amir supaya melunaskannya secepat mungkin.

“S​ekadar peringatan buat pihak yang masih berhutang pada dia, eloklah selesaikan atau mohon maaf padanya,” ujarnya.

Amir mula dikenali menerusi Raja Lawak

Amir memulakan kerjayanya sebagai pelawak menerusi pertandingan mencungkil bakat Raja Lawak musim ketiga pada 2009, sebaris dengan kumpulan Sepah dan Jihan Muse.

Selain aktif dalam dunia hiburan, anak kelahiran Kota Bharu itu kini turut mengusahakan perniagaan sendiri bagi memastikan kelangsungan pendapatannya.

Antara perniagaan yang diusahakan termasuk ayam goreng rangup APFC di Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad IV, selain jualan air jagung dan baju terpakai.

The post Amir Raja Lawak Ditidurkan Di ICU Akibat Jangkitan Paru-Paru first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved