“Doakan…”- Amir Raja Lawak masih di ICU, bergantung alat bantuan pernafasan

EntertainmentHealth & Fitness
11 Nov 2026 • 2:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak Amir Raja Lawak kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, selepas mengalami masalah kesihatan berkaitan penyakit asma yang dihidapinya sejak kecil.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 37, dilaporkan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan, namun keadaan kesihatannya ketika ini stabil.

Pembantu peribadinya, Muhammad Faris Che Ali memaklumkan Amir dipindahkan ke ICU kira-kira jam 11.30 malam tadi bagi membolehkan pasukan perubatan memantau keadaannya dengan lebih rapi.

Menurut Faris, pelawak itu sebenarnya sudah mengalami demam beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu.

“Amir dimasukkan ke hospital sejak Jumaat lalu selepas mengalami masalah kesihatan akibat penyakit asma yang dihidapinya sejak kecil.
“Dia tidak boleh terdedah kepada keadaan terlalu sejuk. Malah, beberapa hari sebelum itu, Amir mengalami demam dan saya membawanya untuk mendapatkan rawatan di klinik,” katanya.

Image from: “Doakan…”- Amir Raja Lawak masih di ICU, bergantung alat bantuan pernafasan

Lebih menyentuh hati, Faris mendedahkan Amir sepatutnya dimasukkan ke wad pada Khamis lalu, namun menolak kerana mahu memenuhi komitmen sebagai pengacara sebuah majlis di Terengganu meskipun belum pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya memerlukan pemantauan rapi sehingga ditempatkan di ICU.

“Ketika ini, Amir masih bergantung sepenuhnya kepada bantuan oksigen dan ditempatkan di ICU untuk pemantauan rapi pihak hospital, namun keadaannya stabil,” jelas Faris.

Image from: “Doakan…”- Amir Raja Lawak masih di ICU, bergantung alat bantuan pernafasan

Dalam masa sama, beliau menafikan khabar angin yang mendakwa Amir telah ditidurkan, selain meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai keadaan pelawak tersebut.

“Doakan Amir kembali sihat seperti sediakala. Jangan viralkan perkara yang bukan-bukan atau menyebarkan cerita yang tidak sahih,” katanya.

Terdahulu, pelakon Lando Zawawi turut merayu orang ramai supaya mendoakan kesembuhan Amir menerusi perkongsian di Threads selepas memaklumkan pelawak itu mengalami jangkitan paru-paru serta mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.

Sumber: Harian Metro (Hazira Ahmad Zaidi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved