Lando Zawawi Mohon Doa, Amir Raja Lawak Alami Jangkitan...

10 Nov 2026 • 5:09 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Lando Zawawi Mohon Doa, Amir Raja Lawak Alami Jangkitan...

Pelakon Lando Zawawi memohon orang ramai mendoakan kesembuhan sahabatnya, pelawak Amir Raja Lawak yang mengalami jangkitan paru-paru dan sedang menunggu giliran di unit rawatan rapi (ICU) untuk proses rawatan seterusnya.Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi, 51, berkata, dia mendapat keizinan ibu Amir, Puan Nizan sebelum berkongsi keadaan pelawak tersebut.     View this post on Instagram           A post shared by lando zawawi lvr (@landozawawi) “Saya baru sahaja mendapat keizinan daripada ibu Amir, Puan Nizan, untuk memohon sanak saudara dan rakan-rakan yang mengenali saudara kita, Mohammad Amirullah bin Azmi, sama-sama mendoakan agar beliau segera pulih dan kembali sihat.“Kini beliau sedang menunggu giliran di ICU untuk proses seterusnya. Maaf, tak sanggup cakap,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.Menurut Lando, Amir turut mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.“Pada asasnya beliau kena jangkitan paru-paru. Asma memang dari kecil.“Semoga Allah masih beri peluang kita bersamanya,” ujarnya.Dalam perkongsian sama, Lando turut menitipkan pesanan kepada pihak yang masih mempunyai hutang dengan Amir supaya menyelesaikan urusan berkenaan atau memohon maaf.“Sekadar peringatan buat pihak yang masih berhutang pada dia. Eloklah selesaikan atau mohon maaf pada dia. Amin,” tulisnya. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved