Amira Othman muncul berbusana pengantin undang perhatian, wajah berseri. 'Cepat atau lambat tiada siapa yang tahu...'

EntertainmentLifestyle
23 Aug 2025 • 11:02 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PENYANYI Amira Othman menjadi perhatian warganet selepas muncul dengan busana pengantin serba putih.

Lengkap dulang hantaran yang sudah siap digubah indah, pelantun lagu Dalam Sujudku itu juga dirias jelita bak mempelai.

Memuat naik video berdurasi 36 saat, penyanyi berusia 31 tahun itu menitipkan kapsyen berkisar mengenai takdir seolah-olah memberi bayangan tentang jodoh.

"Hidup kita semua punya takdir yang berbeza beza. Cepat atau lambat tiada siapa yang tahu urusan DIA. Jangan khuatir tentang perjalanan kita kerana kita ada DIA." titip Amira.

image is not available

Manakala menerusi video, Amira sempat meluahkan tentang takdir dan perlu bersangka baik kepada ALLAH kerana setiap individu mempunyai perjalanan hidup yang berbeza.

"Kadang, kita tertanya-tanya tentang percaturan hidup namun hidup namun ALLAH adalah sebaik-baik perancang.

"Tidak ada perkara yang terjadi dalam hidup kita dikatakan lambat mahupun terlalu cepat kerana takdir kita semua adalah berbeza-beza.

image is not available

"Yakin pasti yang baik-baik," titipnya.

Warganet menitipkan doa agar Amira segera bertemu jodoh. Tidak kurang yang mengimpikan untuk melihat hubungan baik Amira dan 'rakan sekerjanya' Fattah Amin berakhir dengan perkahwinan.

"Rasanya ini untuk kempen baru pakaian pengantin. Jadi kita boleh terus doakan baik-baik untuk Amira dan Fattah," titip Mizzayu.

"Malam ni ramai tak dapat tidur sebab post Kak Long ni,"titip Maliki Abdullah.

"Semua ketentuan ALLAH itu baik. Tidak perlu risau dan stres. Serah 100 peratus perjalanan hidup kepada takdir ALLAH, hati jadi lebih tenang."