Anna Jobling Sedang Hangat Bercinta Dengan Selebriti Indonesia? Ini Jawapan Tuan Badan

LocalEntertainment
13 Aug 2025 • 12:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia anna Karel Bercinta

Baru-baru ini, pelakon Anna Jobling meraih perhatian ramai apabila menghadiri majlis resepsi pelakon terkenal Indonesia, Amanda Rawles di Australia.

Dalam majlis itu, Anna dilihat akrab dengan adik kepada pengantin lelaki iaitu pelakon dan penyanyi Karel Susanteo.

Anna Jobling dan Karel bercinta?

Malah, foto mereka di acara itu tular di TikTok sehingga netizen mengesyaki mereka kini sedang hangat bercinta, betul ke?

image is not available

Memetik laporan Berita Harian, Anna Jobling berkata, dia memang mempunyai ramai rakan rapat di Indonesia termasuk Karel.

Bagi Anna, tiada salahnya berkawan mesra dengan sesiapa pun, apatah lagi dia kerap berulang-alik ke Jakarta untuk urusan kerja.

Saya ada ramai kawan di Malaysia dan Indonesia. Jadi, apabila saya pergi Indonesia ada penggambaran atau acara, saya bertemu dan bertegur dengan ramai orang.

Difahamkan, Anna baru je selesai shooting filem Sukma arahan Baim Wong di Indonesia. Filem itu turut dibintangi pelakon terkenal seperti Luna Maya, Fedi Nuril dan Christine Hakim.

image is not available

Anna meluahkan rasa bersyukur dapat bergandingan dengan nama-nama besar dan akui berdebar-debar.

Dia yang masih dianggap pendatang baru mahu membawa nama Malaysia dengan baik di Indonesia. Anna gembira apabila dia dilayani dengan sangat baik di sana.

Pssttt! Tak salah kalau berkawan rapat, lebih-lebih lagi bila sama-sama dalam industri. Paling penting, jaga nama baik dan bawa imej Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.