Amirudin minta bukti dakwaan najis babi cemari Sungai Bukit Lagong

LocalEnvironment
31 Oct 2026 • 11:23 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amirudin minta bukti dakwaan najis babi cemari Sungai Bukit Lagong

PETALING JAYA – Dakwaan seorang individu bahawa terdapat air najis babi mengalir ke Sungai Bukit Lagong, Batu Caves sehingga orang ramai diminta tidak mandi di kawasan itu mengundang perhatian.

Menerusi hantaran pengguna itu yang dikenali sebagai Pilotvvip, dia mendakwa terdapat aktiviti penternakan babi di kawasan hulu sungai berkenaan sehingga menyebabkan air najis haiwan itu mengalir ke sungai.

Lebih mengejutkan, lelaki itu turut mendakwa penduduk setempat sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan, namun tiada tindakan diambil.

“Jangan mandi sungai Bukit Lagong, ada orang bela babi kat atas, air najis babi masuk sungai. Penduduk setempat dah ‘report’, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tak ambil tindakan, macam pegawai pun dah kena makan rasuah!,” katanya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam maklum balasnya berkata, semakan menerusi gambar dron yang diambil MPS mendapati tiada aktiviti penternakan babi seperti yang didakwa.

“Saya semak semalam dan turut dapatkan gambar-gambar dron yang dibuat MPS, tiada ditemui aktiviti penternakkan babi sebagaimana dakwaan di bawah, ada dua di kesan penternakan lembu.

“Saya minta MPS buat lawatan fizikal untuk pengesahan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta individu yang membuat dakwaan berkenaan mengemukakan bukti sekiranya mempunyai maklumat berkaitan untuk membolehkan tindakan lanjut diambil. – KOSMO! ONLINE

The post Amirudin minta bukti dakwaan najis babi cemari Sungai Bukit Lagong appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved