Kecoh polis periksa bungkusan hitam di sekolah

16 Oct 2026 • 3:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kecoh polis periksa bungkusan hitam di sekolah

NILAI – Beberapa keping gambar dan video memaparkan pemeriksaan polis di kawasan sekolah dipercayai susulan penerimaan bungkusan hitam tular di media sosial hari ini.

Difahamkan, terdapat dakwaan beberapa sekolah menerima bungkusan berkenaan, malah maklumat tidak rasmi menyebut dua hingga lima sekolah lagi dipercayai turut menerimanya.

Bagaimanapun, kesahihan maklumat berhubung jumlah sekolah yang terbabit serta kandungan bungkusan itu masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, seorang ibu mendakwa ibu bapa tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah untuk menghantar anak mereka hari ini, sebaliknya diminta menjemput anak masing-masing.

Menurutnya, situasi itu dipercayai berkaitan pemeriksaan polis di sekolah berkenaan, termasuk dakwaan kehadiran unit anjing pengesan (K9).

“Hari ini sekolah anak yang datang semua polis tak bagi masuk. Ibu bapa kena jemput anak terus. Tak pasti kenapa,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi pihak berkuasa berhubung dakwaan penerimaan bungkusan berkenaan, jumlah sekolah yang terlibat atau tujuan pemeriksaan dilakukan.- KOSMO! ONLINE

The post Kecoh polis periksa bungkusan hitam di sekolah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved