AMK Perak Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Faizal

15 Mar 2023 • 3:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Faizal dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap dalam Perhimpunan Agung BERSATU 2023, Ahad lepas. - Gambar fail

IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah ketika berucap dalam Perhimpunan Agung BERSATU 2023, Ahad lepas.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua AMK Perak Zaim Sidqi Zulkifly di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini selepas rakaman video ucapan itu tular.

“Apakah beliau (Ahmad Faizal) masih tidak boleh menerima kekalahan di Tambun hingga terpaksa menabur fitnah, justeru saya hadir hari ini untuk membuat satu laporan polis terhadap Ahmad Faizal atas kenyataan beliau,” katanya ketika ditemui di luar IPD Ipoh hari ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved